Friday, October 12, 2007

Pulang

Anak-anak telah mula sampai untuk berhari raya di kampung masing-masing. Mula-mula Kak Long dan keluarganya dari KL sampai kira-kira pukul 02.30 pagi. Kemudian Syamimi yang menaiki bas dari Butterworth sampai kira-kira 04.00 pagi. Rina dan keluarga yang mulanya melalui Lebuhraya Karak, berpatah balik dan ikut Lebuhraya Plus sampai kira-kira pukul 09.00 pagi. Tetty dan keluarga akan berhari raya di rumah datuk suaminya di Kubang Semang, dan akan balik ke Kelantan pada hari raya kedua.

Begitulah , kabarnya kira-kira tiga juta warga kota telah meninggalkan kota untuk menyambut hari raya di kampung bersama ibu bapa.

Zainab dari Mekah menelefon pagi-pagi lagi untuk mengucapkan hari raya. Mekah menyambut hari raya pagi ini (Jumaat), katanya.

Akhirnya: Selamat Hari Raya Aidilfiri. Maaf Zahir dan Bathin.

Monday, October 08, 2007

Bahan Bacaan Mengenai Kahirah

Untuk mengetahui Kahirah lebih lanjut (hasil dari lawatan tempoh hari) menyebabkan saya mencari bahan-bahan bacaan mengenai Kahirah dan pyramid. Membaca artikel tersebut tentulah lebih menarik kerana kita sudah berpengalaman dan melihat dengan mata sendiri tempat itu.

Bahan-bahan yang telah kutemui, sudah/sedang/akan baca antaranya:

  • "Cairo - Clamorous Heart of Egypt" (National Geographic, April 1993)
  • "Egypt's Old Kingdom" (National Geographic, January 1995)
  • "Bina Modal Insan di Bumi Mesir" (Libur, Ogos 2007)
  • Guide to Places of the World, Reader's Digest 1987.

Juga kini sedang asyik membaca novel Ayat-Ayat Cinta yang berlatarkan Kahirah. Mungkin akan juga membaca Lorong Midaq dan Cairo Trilogy oleh Naguib Mahfuz.