Masih di Athens
Saya masih di Athens. Insya Allah, esok 5 Ogos, kami akan ke Itali. Kami telah menghabiskan masa hampir 40 hari di Greece. Kami banyak dibantu oleh orang-orang Banglandesh. Daripada hampir sepuluh masjid yang kami kunjungi, hanya satu masjid Pakistan dan satu masjid Arab.Saya juga berusaha mencari kedai buku. Sebuah kedai buku yang saya jumpa hanya menjual buku-buku dalam bahasa Greek saja. Saya dapati banyak juga novel-novel dunia diterjemahkan ke dalam bahasa Greek, di antaranya karya Thomas Mann, Vladimir Nabokov dan Coelho. Bila ditanya buku Inggeris, ditunjukkan beberapa buku klasik dalam edisi simplified. Gerai-gerai majalah juga mempamerkan majalah berbahasa Greek, termasuk National Geographic dan Reader's Digest.
