Ijtimak Malaysia
Saya baru balik dari Ijtimak Malaysia yang berlangsung di tanah lapang berhampiran Masjid Kuarters KLIA, suatu ijtimak terbesar saya kira pernah diadakan di Malaysia. Saya tidak tahu berapa kehadiran sebenarnya, tapi saya agak lebih daripada 200,000 orang.Saya sampai di tapak Ijtimak petang Selasa bersama 11 teman yang lain. Kami baru menghabiskan tempoh dua bulan jemaah jalan kaki di sekitar Segamat. Ketika kami sampai jemaah-jemaah dan orang khidmat sudah pun mula memenuhi khemah-khemah yang disediakan. Sebanyak 14 buah khemah gergasi (khitta) disediakan. Kami ditempatkan di khemah negeri masing-masing. Untuk jemaah dari Kota Bharu, ditempatkan di khitta 8.
Saya masih belum sihat. Masih batuk-batuk. Insya Allah, saya akan ceritakan pengalaman saya selama mengikuti jemaah jalan kaki itu.

4 Comments:
Assalamualaikum...I heard attendance was well over 300,000 and 1158 jammat formed. Sheik Saad and Sheikh Zubair called from the Phillipines to send their regards and was very pleased with our Ijtimak.
P.S...for two months I was with a Malay literary figure...most humbled and honoured to have met you.
Wassalam
Thanks for the info. And I was happy too to have met you. Salam.
salam ckgu, saya mohd yazid bin isnin ingin menyatakan penghargaan buat ckgu bersama jemaah yang menjalankan usaha dakwah di tempat kami (surau jln temenggong, segamat), sekurang-kurangnya dapat menyinari kembali usaha yang sekian lama pudar di tempat kami.... terima juga kerana sudi datang khususi ke rumah saya... wassalam
Terima kasih. Kami hanya berusaha.Yang memberi hidayah hanya Allah. Kami juga ada merancang untuk buat follow up ke Segamat, tapi belum tahu bila. Sama-sama kita doa agar kita kekal dalam usaha ini. Insya Allah. Salam.
Post a Comment
<< Home